Monday, August 15, 2011

REFLEKSI (Phoo Kho Yeo)


    Kerja kursus yang dijalankan adalah berkaitan dengan teknologi pengajaran dan pembelajaran(TPP).  Kumpulan kami telah menghasilkan bahan 2D dan 3D, video, persembahan power point, blog dan OHP. Tema yang kumpulan kami pilih ialah LOVE yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kita.
         Sepanjang tempoh membuat kerja kursus, kumpulan kami banyak membuat perbincangan untuk menghasilkan produk yang diperlukan dalam TPP ini. Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari cara membuat OHP dan menggunakan teknik yang dipelajari untuk menghasilkan bahan OHP yang menarik.  Saya juga mempelajari cara untuk merakam sesuatu benda dan langkah yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu video.
     Saya juga belajar cara membuat rubrik dan templet perancangan unit P&P. Templet perancangan ini dapat membantu guru merancang projek mengikut langkah yang disediakan. Melalui kerja kursus ini, saya telah banyak menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan produk seperti video, blog dan sebagainya. Saya juga menggunakan kemahiran fotografi yang dipelajari untuk mengambil gambar semasa proses penyediaan bahan untuk dijadikan sebagai bukti. Saya telah memahami bahawa teknologi kini banyak membantu penyampaian dan pengajaran guru semasa di kelas.
         TPP yang dihasilkan juga boleh digunakan dalam tiga mata pelajaran yang berlainan. Ia dapat menjimatkan masa guru untuk menghasilkan alat bantu mengajar yang baru. TPP ini juga menjana idea kami untuk memikir alat bantu mengajar yang unik dan istimewa. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama ahli kumpulan dan bimbingan guru semasa menjalankan TPP ini.

No comments:

Post a Comment