Monday, August 15, 2011

REFLEKSI (Lau Kim Hock)


Kerja kursus pendek ini adalah berkaitan dengan subjek EDU 3105 Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran (TPP).  Untuk menyempurnakan kerja kursus ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan bahan 2D dan 3D, OHP, video dan audio, persembahan power point atau blog. Tema pakej TPP ialah LOVE yang berkaitan dengan sambutan hari kemerdekaan negara kita.

            Melalui tugasan ini, saya berpeluang mempelajari cara untuk menghasilkan bahan 2D dan 3D. Selain itu, saya juga mempelajari cara membuat OHP dengan menggunakan teknik yang dipelajari supaya dapat mempersembahkan mesej yang ingin disampaikan dengan sempurna.  Saya juga mempelajari cara untuk merakam video dan cara untuk menghasilkan sesuatu video yang dapat menarik minat penonton.

            Selain itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari cara untuk menghasilkan rubrik dan templet perancangan unit P&P. Sepanjang tempoh menghasilkan templet perncangan unit pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati bahawa templet tersebut amat penting bagi seseorang guru apabila ingin merancang projek bagi murid-murid. Dengan adanya penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, guru dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses P&P semata-mata. Contohnya, guru menghasilkan video yang berkaitan dengan sejarah hari kemerdekaan dapat meningkatkan peringatan murid-murid tentang sejarah negara kita mencapai kemerdekaan.

            Secara keseluruhannya, pakej TPP yang dihasilkan oleh kumpulan kami ini bersesuaian digunakan dalam tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Cina, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani. Ia dapat menjimatkan masa guru untuk menghasilkan alat bantu mengajar yang baru. TPP ini juga membantu kami untuk memikirkan sesuatu teknik dan cara pengajaran yang kreatif dan tidak membosankan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, saya berharap agar semua yang dipelajari melalui tugasan kerja kursus pendek ini dapat diaplikasi pada pengajaran saya semasa praktikum dan juga masa menjadi seorang guru nanti. 

No comments:

Post a Comment