Monday, August 15, 2011

REFLEKSI (Hah Suk Yung)

Saya berasa amat bersyurkur kerana dapat menyiapkan kerja kursus dengan berjayanya. Ribuan terima kasih saya ingin ucapkan kepada Puan Huang Chwei Ing kerana beliau senantiasa memberi tunjuk ajar tanpa berasa bosan. Bukan itu sahaja, saya juga amat menghargai bantuan dan kerjasama daripada rakan sekumpulan saya. Tanpa kerjasama mereka, kerja kursus ini tidak akan disiapkan dengan sebegitu berjaya.
Saya telah banyak mempelajari ilmu pengetahuan tentang teknologi pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses penghasilan bahan 2D iaitu poster, saya telah belajar cara untuk mengukuhkannya supaya ia tahan lama. Manakala dalam penghasilan OHP transperansi, saya telah belajar pelbagai teknik untuk menghasilkannya. Saya juga menyedari menghasilkan transperansi yang menarik amat memakan masa dan tenaga kita. Kreativiti juga diambil kira supaya transperansi yang dihasilkan tidak membosankan.
Selain itu, saya juga berpeluang mempelajari teknik untuk merakam video. Merakam video sememangnya satu ilmu pengetahuan yang amat mencabar. Ia bukan seolah-olah merakam sahaja, kita juga harus mengambil kira suasana sekeliling, cahaya, teknik “zoom in” dan “zoom out’ dan seumpamanya. Selepas merakam, kita harus menyuntingkannya. Kerja untuk menyunting juga amat menyusahkan, kita banyak mencebori teknik untuk menyunting.
Bukan itu sahaja, saya juga belajar mengambil gambar semasa membuat penyediaan bagi produk-produk yang dihasilkan dengan menggunakan teknik yang sudah dipelajari. Saya juga belajar membuat rubrik dan templat perancangan unit. Saya telah belajar membuat perancangan pegajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik.
        Secara kesimpulan, kerja kursus ini telah memberi banyak faedah kepada saya. Saya amat bersyurkur kerana kemajuan teknologi ini telah banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya akan mengaplikasikan apa yang saya pelajari pada masa depan.

No comments:

Post a Comment